Friday, 14 March 2014

Our Next Blog Tutorial

TARIKH = Februari 2014
MASA = 2.30pm - 4.30pm
TEMPAT = Dewan Sri Melati, IPG Kampus Ipoh
PESERTA = Unit K15 dan K16
PENSYARAH PEMBIMBING = 1) Puan Satariah Kamis 2) Encik Kamarul Bahrin 
PENSYARAH JEMPUTAN = 1) Pn. Jamilah   2) Pn. Siti Rosni 


Pada hari ini kami unit K15 DAN K16 telah mengikuti bengkel membina blog buat kali kedua. pada bengkel kali ini kami diminta untuk mempersembahkan BLOG yang telah kami hasilkan. Blog kumpulan kami diberi nama http://kumpulansatuamali.blogspot.com. 
Oleh itu, kami telah mempersembahkan hasil kreativiti kami dalam penghasilan blog ini. 

Untuk membina blog ini kami telah menggunakan pellbagai pengetahuan dan sumber yang diperolehi daripada bengkel membina blog yang pertama, 
Terima Kasih Puan Jamilah dan Puan Siti Rosni kerana memberi tunjuk ajar yang berguna pada kami...=)

Pada hari perbentangan itu kami telah diberi banyak nasihat dan penambahbaikan yang berguna untuk menghasilkan blog yang baik. Pensyarah pembimbing aka juri yang terdiri daripada Puan Satariah Kamis dan 2 orang pensyarah jemputan dari  Jabatan Teknologi Maklumat telah memberi komen yang baik dan kata-kata semangat kepada kami untuk mencantikkan lagi blog ini.

Dengan bimbingan dan semangat yang diberikan kami berasa sangat gembira dan berjanji untuk menghasilkan blog yang baik untuk menjadi tatapan para pembaca blog kami yang budiman... Terima kasih diucapkan kepada para pengunjung blog kami. 
Singgah-singgah laa selalu yer...=)

1st Bengkel Blog

Pada  2014, bertempat di Dewan Sri Melati, IPG Kampus Ipoh telah berlangsung bengkel membina BLOG telah diadakan untuk FASA 1. Seramai 45 orang pelajar dari kelas K15 dan K16 berserta dengan pensyarah pembimbing telah menjalani bengkel ini. Terdapat 2 orang pensyarah dari Jabatan Teknologi Maklumat iaitu Pn. Jamilah dan rakannya Pn. Siti Rosni yang menjadi penceramah jemputan.
Gabungan 2 kelas (K15 & K16)

Di dalam bengkel ini, kami didedahkan dengan cara-cara membina blog dengan mudah. Setiap kumpulan dikehendaki membuat 1 blog untuk kumpulan masing-masing. Kami juga diajar membuat header blog dengan menggunakan perisian Microsoft Power Point. Ini merupakan ilmu yang baru kami perolehi. Sebelum ini, kami merasakan membuat header sendiri sesuatu yang sukar. Tetapi sekarang, kami dapat membina header blog mengikut citarasa sendiri.

Melalui bengkel ini, banyak ilmu baru yang dapat kami pelajari mengenai blog. InsyaAllah kami akan amalkan ilmu yang dipelajari ini apabila membina blog sendiri. 

Yayasan Sultan Idris, Bercham

Assalamualaikum and Hello my friends..
^_____________^
Hari ni saya hendak bercerita mengenai lawatan kami ke yayasan di Bercham..

Yayasan ini merupakan satu tempat di mana orang ramai boleh mendapatkan pelbagai perkhidmatan untuk terapi.
ianya amat membantu pelbagai jenis masalah hatta jika kita ingin pulih selepas kemalangan seperti ingin menguatkan semula otot dan motor halus serta kasar.

Hati mana yang tidak tersentuh bila melihat client yang datang dari setiap peringkat umur
Disini ia mengajar kami erti ihsan, usaha serta bantuan yang boleh diberikan kepada mereka yang memerlukan

Gambar dibawah menunjukkan salah satu daripada bahagian yang terdapat di Yayasan iaitu bahagian fisiologi
Kadang-kadang tengok adik-adik kecil ni menangis, kesian sungguh rasa
sakit ke tak mereka ni
Tapi..
Inilah proses yang perlu dialami
Supaya kita tidak menyesal suatu hari nanti kerana tidak memberikan yang terbaik buat mereka


client cerebral palsy



Delay Development
Menggunakan terapi music

Kagum dengan tenaga kerja disini
See...mereka pun mampu bekerja
^_________^


Terapi renang
Ada suhu yang ditetapkan

Terapi motor


Terapi Kerja



pertama kali lihat adik ni
terus datang rasa sayang
^______^

ssesiapa yang berminta untuk menjadi sukarelawan, amat dialu-alukan
Boleh isi masa dan timba pengalaman..
Nice Trip and Experience..

Wednesday, 12 March 2014

Lawatan Ke UPSI yg sUPPer OsEm...:D

20 Februari 2012
tayar bas IPG Ipoh bergolek membelah lebuh raya untuk ke detinasi yang ingin dituju...

YEAHH..!!!
UPSI..Here We Come..

kami telah melawat beberapa bilik terapi bagi pendidikan khas di sana
sejujurnya, ia suatu pengalaman yang sungguh menyeronokkan..
Teruja kami bila memasuki setiap bilik yang disediakan.

Bermula dari bilik TERAPI MAIN
tujuan utama bilik ini adalah untuk membantu client yang mempunyai masalah dari segi motor kasar dan motor halus.
dari segi keselamatan ia amat dijaga. kalau masuk bilik terapi ni rasa tidak mahu keluar
terasa seperti kembali kepada zaman kanak-kanak
kami lampirkan bersama beberapa gambar sepanjang dibilik TERAPI MAIN






Khusyuk mendengar penerangan dari wakil UPSI..^___^

jgn lepaskan peluang mencuba
^____________^

CIKGI-CIKGI DAH KEMBALI SEPERTI ZAMAN KANAK-KANAK ^______^
(teruja utk mencuba setiap alatan yang ada)


Gelungsur ajaib
menggegarkan seluruh otot-otot badan
(susah nk dapat ni..tiada di playground..hee)




gambar keseluruhan bilik.

Seronok kan
begitulah terapi yang perlu diterapkan bagi pelajar pendidikan khas
kita akan bermain
Namun, secara tidak langsung ia membantu dalam perkembangan motor halus dan kasar anak-anak istimewa kita

Now, Lets move to the next room..
^____^
Bilik Terapi Snuzland
Apa itu Snuzland??
"Bilik Terapi Snoezeland dibina khas untuk merangsang deria, yang telah dibuktikan melalui kaedah saintifik bahawa ianya membantu kanak-kanak istimewa ini bertindak balas dengan lebih baik kepada latihan terapi"

bubble mirror
(utk client lihat diri dan pantulan imej akan menjadi banyak)


carpet ini bila kita pijak, ia akan mengeluarkan warna
(jd, client akan melompat di atas carpet ini untuk mendapatkan warna yang pelbagai)








Bilik Snoezeland akan digelapkan dan hanya lampu-lampu berwarna akan dimainkan
Ketenangan dapat dirasai dan dialami oleh setiap client yang mendapatkan rawatan disini.

Sekian sahaja perkongsian pengalaman di UPSI
banyak lagi jenis-jenis terapi yang perlu kita terokai kerana tidak semua pelajar kita dapat mengikuti terapi yang kita lakukan. kita perlu menggunakan terapi yang bersesuaian dengan mereka dan tidak menyukarkan..

Moga bermanfaat
^______^

Saturday, 22 February 2014

Filem Hindustan yang best mengenai kanak-kanak Pendidikan Khas...=)

Hai dan apa khabar semua...

Siapa suka menonton filem hindustan...mesti ramai yang suka menonton filem hindustan kan kan kan??? Ok, hari ini saya mahu bagi sedikit sinopsis berkaitan sebuah filem hindustan yang sangat best  bertajuk Taare Zameen Par dalam Bahasa Melayu bermaksud Seperti Bintang di Bumi...


Haaa...Siapa pernah menonton filem ini...Heronya Aamir Khan...alaa, Siapa tidak kenal pelakon Aamir Khan yang hensem tu...hihi..Terus terang saya katakan yang saya sangat menyukai filem yang di arah dan dilakonkan oleh Aamir Khan kerana kebanyakan filem-filem beliau memang superb dan best..Contohnya filem 3 Idiot salah satu filem hindustan yang sangat menarik, kelakar dan penuh dengan pengajaran...

Ok...berbalik pada sinopsis cerita Taare Zameen Par..cerita ini mengisahkan Ishaan Awasthi Nandkishore ( Darsheel Safary ) adalah seorang kanak-kanak berusia lapan tahun yang mempunyai masalah disleksia iaitu tidak dapat membaca dengan betul kerana mereka terkeliru dengan bentuk huruf yang dilihat. Contohnya, mereka melihat huruf yang seakan terbalik dan sebagainya. Oleh sebab itu, Ishaan sering gagal di dalam peperiksaan kerana dia tidak dapat menterjemah tulisan yang dibacanya. Jadi, Ishaan sering dipinggirkan oleh guru dan rakan-rakan di dalam kelas. Mereka merasakan Ishaan seorang budak yang pelik , bermasalahdan suka berkhayal di dalam kelas.
  

Namun, Ishaan sebenarnya mempunyai bakat yang sangat istimewa seperti dia pandai melukis dan lukisannya sangat cantik. Tetapi bakat Ishaan tidak dihargai oleh ayahnya yang bekerja sebagai eksekutif yang mahukan anaknya cemerlang dalam akademik sama seperti abangnya. Ibu Ishaan pula sangat sayang pada Ishaan namun beliau kecewa kerana tidak dapat mendidik anaknya dengan sempurna walaupun dia banyak menghabiskan masa dengan Ishaan di rumah.
Selepas menerima laporan akademik dan ishaan selalu gagal di dalam kelas akhirnya ibubapanya membuat keputusan untuk menghantar Ishaan  ke sekolah berasrama. ishaan sangat sedih berada di sekolah tersebut dan sering kemurungan sehinggalah datang seorang guru seni baru iaitu Ram Shankar Nikumbh ( Aamir Khan).

Nikumbh pernah menjadi seorang guru di sekolah pendidikan khas jadi beliau merasakan Ishaan ada tanda-tanda mengalami masalah disleksia. pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dilakukan oleh Nikumbh untuk menarik perhatian Ishaan untuk belajar dengan berkesan dan sesuai diterima oleh kanak-kanak disleksia.

Akhirnya, Ishaan mampu membaca dengan betul setelah diberi tunjuk ajar oleh Nikumbh. bagi membuktikan Ishaan juga mampu berjaya seperti kanak-kanak yang lain Nikumbh dengan kerjasama pihak sekolah telah merancang satu pertandingan melukis yang disertai oleh semua pelajar dan guru. Adakah ishaan berjaya memenangi pertandingan ini? jeng jeng jeng...jadi tontonkanlah cerita ini yer...hihi...






Cerita ini sangat menarik, bermain dengan emosi dan tidak rugi jika anda menonton cerita ini. Pelbagai pengetahuan yang bakal diperoleh oleh penonton lebih-lebih lagi bagi mendekati kanak-kanak disleksia ini...Selamat menonton yer semua...Boleh laa download atau beli cd cerita ini di kedai-kedai berhampiran yer...haha..

Akhir sekali jomm kita layan lagu...Tidak sah jika cerita hindustan tidak ada lagu kan...=)







Sunday, 16 February 2014

sayang CIKGU


"guruku Tersayang
guruku tercinta
tanpamu apa jadinya aku
tak bisa baca tulis
mengerti banyak hal
guruku terima kasihku"

Pernah dengar lagu ni tak?? kalau dah pernah dengar..bagus. Kalau yang tak pernah dengar. Sekarang juga pergi youtube, taipkan lagu guruku tersayang. Kalau dah jumpa, dengar dahulu. Hayati, amati dan teliti. Lirik lagu ini memang memberi 1001 erti untuk murid pendidikan khas.

Saya sebenarnya pun, baru lagi mendengar lagu ini. Pertama kali dengar lagu ini masa PBS (pengalaman berasaskan sekolah) semester 3 di SK Klang. Sekolah tu mempunyai kelas pendidikan khas. Tapi bukan masalah pembelajaran. Sekolah tu ada pendidikan khas masalah penglihatan. Kita berbalik kepada tajuk asal, nak dijadikan cerita, kebetulan waktu saya dan rakan melawat kelas tersebut. Murid-murid tengah belajar mata pelajaran muzik.. 



Jadi, waktu ni pertama kali saya mendengar lagu ni.. masa tu murid-murid masalah penglihatan tengah menyanyikan lagu tersebut. Saya duduk disamping mereka sambil melihat mereka bernyanyi dengan pelbagai cara. Ada yang membaca lirik lagu menggunakan tulisan Brille. Ada yang tengok lirik pada kertas dengan jarak yang dekat dengan mata dan macam-macam gelagat yang saya lihat. Tiba-tiba, air mata bergenang. Sebak. 

Nak tahu kenapa?? mungkin saya terlalu beremosi dengar lagu tu rasanya. Tapi, sesiapa yang ada pada waktu tu. Mempunyai hati yang lembut, cepat sensitif. Pasti akan merasa sebak juga. Sebabnya lirik lagu tersebut berkaitan dengan situasi dan kehidupan murid-murid tersebut. Jum kita hayati sama-sama lirik lagu ni. 

Guru Tersayang

Pagiku cerahku
Matahari bersinar
Ku gendong tas merahku
di pundak

Selamat pagi semua
Kunantikan dirimu
Di depan kelasmu
Menantikan kami

Guruku Tersayang
Guru tercinta
Tanpamu apa jadinya aku
Tak bisa baca tulis
Mengerti banyak hal
Guruku terima kasihku

Nyatanya diriku 
Kadang buatmu marah
Namun segala maaf
Kau berikan

                                                                                       (Melly Goeslow & Syifa P)

Dah hayati lagu ini?? macam mana? menangis tak? hehe. Kalau menghayati betul-betul. Menyanyi dengan murid pendidikan khas. Mesti sebak dan berasa makin sayang dan dekat dengan murid-murid tersebut. Last but not least. Tengok video ini yang sempat saya rakamkan semasa murid pendidikan khas masalah penglihatan menyanyikan lagu tersebut. 




murid-murid pendidikan khas masalah penglihatan juga up to date juga dengan lagu-lagu terbaru. Macam lagu putih-putih melati kat bawah ni. Ini juga merupakan terapi muzik untuk murid masalah penglihatan. Selamat menonton :)





Wednesday, 12 February 2014

TERAPI PERGERAKAN KREATIF


Entry kali ini nak cerita mengenai terapi pergerakan kreatif yang telah dijalankan oleh kumpulan kami. Kumpulan kami merupakan kumpulan pertama mengadakan amali bagi subjek terapi dalam pendidikan khas. Terapi ini dilaksanakan di Gimnasium IPG Kampus Ipoh bersamaan dengan 8 Januari 2014. Sepanjang 2 jam, kami telah banyak membuat aktiviti-aktiviti terapi pergerakan kreatif yang sesuai dengan murid pendidikan khas.

Objektif utama kami membuat terapi pergerakan kreatif ini ialah untuk mengenalpasti keperluan terapi untuk perkembangan diri murid bermasalah pembelajaran secara menyeluruh. Selain itu juga, kami melaksanakan dan menilai aktiviti-aktiviti terapi yang bersesuaian dengan murid yang bermasalah pembelajaran.  

Sebelum memulakan amali terapi ini, kami telah mendedahkan kepada rakan-rakan mengenai terapi pergerakan kreatif melalui pembentangan power point. Antara kandungan yang terdapat dalam pembentangan tersebut ialah definisi dan konsep, aspek pergerakan, aspek pergerakan kreatif, tujuan terapi, kepentingan terapi pergerakan kreatif dan perancangan pergerakan kreatif. Kami memberi sedikit info-info sebelum melaksanakan amali yang sebelum. Hal ini memberi gambaran kepada pelatih sebelum melaksanakan aktiviti.


Selepas pembentangan dijalankan, kami meneruskan dengan aktiviti amali pergerakan kreatif. Aktiviti pertama yang dijalankan di beri tajuk “ Dengar dan Lakukan”. Aktiviti ini memerlukan murid mendengar arahan guru, seterusnya melakukan pergerakan tersebut. Contohnya, guru memberi arahan terbang seperti burung. Murid perlu melakukan pergerakan tersebut bersama-sama guru. Hal ini bagi melatih murid mendengar sambil melakukan pergerakan. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan imaginasi dan mencungkil pengalaman sedia ada murid mengenai persekitaran. Jadi, sebagai bakal-bakal guru atau guru-guru boleh lah cuba aktiviti ini semasa melakukan terapi pergerakan kreatif ok ?


Selepas selesai aktiviti “Dengar dan Lakukan”, kami teruskan dengan aktiviti pergerakan kreatif bertema. Tema yang kami ingin sampaikan ialah mengenai pergerakan anggota badan mengikut rentak lagu. Kami menyelitkan lagu “Si Tommy”. Antara lirik yang terdapat dalam lagu ini ialah “Tangan kanan ke depan, ke belakang, depan belakang, mari goyangkan”. Aktiviti sebegini, mempunyai unsur pergerakan iaitu tubuh badan, ruang, masa dan daya yang memudahkan individu berkomunikasi dan samping meningkatkan potensi seperti ritma, kreativiti, kebebasan dan pengucapan melalui pergerakan. Cikgu-cikgu kat luar sana, boleh cuba lakukan aktiviti ini. Sebelum tu, download video “Si Tommy” kat youtube dulu tau.




Aktiviti tak habis lagi tau. Masa diberikan 2 jam. Mesti kena habiskan dengan aktiviti-aktiviti yang menarik. Kami teruskan dengan lagi dengan meminta semua rakan melakukan pergerakan mengikut rentak lagu yang dimainkan secara individu dan diikuti oleh rakan yang lain. Murid diminta melakukan pergerakan mengikut rentak lagu. Murid yang lain mengikut. Antara aspek pergerakan kreatif yang dilakukan oleh murid-murid tersebut ialah lokomotor dan bukan lokomotor.




Seterusnya kami membuat pertandingan pergerakan kreatif dengan menggunakan alatan yang diberikan kepada setiap kumpulan. Kesemua kumpulan diberikan masa 5 minit untuk mereka cipta pergerakan mengikut rentak lagu tersebut. Lagu tersebut ialah lagu “Bunga di sekitar kita”. Gambar-gambar di bawah menunjukkan kumpulan yang membuat pergerakan kreatif menggunakan alatan. 






 Bagi acara kemuncak, kami menggabungkan kesemua kumpulan melakukan pergerakan mengikut alatan yang mereka persembahkan. Acara kemuncak menarik dipersembahkan. Idea-idea yang kami berikan boleh dibuat apabila mengajar di sekolah kelak. InsyaAllah berguna untuk semua guru.




sambil-sambil tengok gambar. Meh layan video ni.. Selamat menonton :)





Aktiviti amali terapi pergerakan kreatif yang kami kongsikan adalah untuk memberi pendedahan dan gambaran kepada pelatih guru atau guru-guru di luar sana untuk menjalankan terapi ini kepada murid pendidikan khas. Seperti yang kita ketahui terapi pergerakan kreatif ini merupakan rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghidapi sebarang penyakit atau mengalami kecederaan bertujuan untuk mengembalikan kefungsian badan secara normal. Di samping itu, terapi ini ialah kaedah untuk membantu seseorang murid untuk bergerak balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran. Selamat menjalankan terapi pergerakan kreatif :)