20 Februari 2012
tayar bas IPG Ipoh bergolek membelah lebuh raya untuk ke detinasi yang ingin dituju...
YEAHH..!!!
UPSI..Here We Come..
kami telah melawat beberapa bilik terapi bagi pendidikan khas di sana
sejujurnya, ia suatu pengalaman yang sungguh menyeronokkan..
Teruja kami bila memasuki setiap bilik yang disediakan.
Bermula dari bilik TERAPI MAIN
tujuan utama bilik ini adalah untuk membantu client yang mempunyai masalah dari segi motor kasar dan motor halus.
dari segi keselamatan ia amat dijaga. kalau masuk bilik terapi ni rasa tidak mahu keluar
terasa seperti kembali kepada zaman kanak-kanak
kami lampirkan bersama beberapa gambar sepanjang dibilik TERAPI MAIN
Khusyuk mendengar penerangan dari wakil UPSI..^___^ |
jgn lepaskan peluang mencuba ^____________^ |
CIKGI-CIKGI DAH KEMBALI SEPERTI ZAMAN KANAK-KANAK ^______^ (teruja utk mencuba setiap alatan yang ada) |
Gelungsur ajaib menggegarkan seluruh otot-otot badan (susah nk dapat ni..tiada di playground..hee) |
gambar keseluruhan bilik. |
Seronok kan
begitulah terapi yang perlu diterapkan bagi pelajar pendidikan khas
kita akan bermain
Namun, secara tidak langsung ia membantu dalam perkembangan motor halus dan kasar anak-anak istimewa kita
Now, Lets move to the next room..
^____^
Bilik Terapi Snuzland
Apa itu Snuzland??
"Bilik Terapi Snoezeland dibina khas untuk merangsang deria, yang telah dibuktikan melalui kaedah saintifik bahawa ianya membantu kanak-kanak istimewa ini bertindak balas dengan lebih baik kepada latihan terapi"
bubble mirror (utk client lihat diri dan pantulan imej akan menjadi banyak) |
carpet ini bila kita pijak, ia akan mengeluarkan warna (jd, client akan melompat di atas carpet ini untuk mendapatkan warna yang pelbagai) |
Bilik Snoezeland akan digelapkan dan hanya lampu-lampu berwarna akan dimainkan
Ketenangan dapat dirasai dan dialami oleh setiap client yang mendapatkan rawatan disini.
Sekian sahaja perkongsian pengalaman di UPSI
banyak lagi jenis-jenis terapi yang perlu kita terokai kerana tidak semua pelajar kita dapat mengikuti terapi yang kita lakukan. kita perlu menggunakan terapi yang bersesuaian dengan mereka dan tidak menyukarkan..
Moga bermanfaat
^______^
No comments:
Post a Comment