Siapa suka menonton filem hindustan...mesti ramai yang suka menonton filem hindustan kan kan kan??? Ok, hari ini saya mahu bagi sedikit sinopsis berkaitan sebuah filem hindustan yang sangat best bertajuk Taare Zameen Par dalam Bahasa Melayu bermaksud Seperti Bintang di Bumi...
Haaa...Siapa pernah menonton filem ini...Heronya Aamir Khan...alaa, Siapa tidak kenal pelakon Aamir Khan yang hensem tu...hihi..Terus terang saya katakan yang saya sangat menyukai filem yang di arah dan dilakonkan oleh Aamir Khan kerana kebanyakan filem-filem beliau memang superb dan best..Contohnya filem 3 Idiot salah satu filem hindustan yang sangat menarik, kelakar dan penuh dengan pengajaran...
Ok...berbalik pada sinopsis cerita Taare Zameen Par..cerita ini mengisahkan Ishaan Awasthi Nandkishore ( Darsheel Safary ) adalah seorang kanak-kanak berusia lapan tahun yang mempunyai masalah disleksia iaitu tidak dapat membaca dengan betul kerana mereka terkeliru dengan bentuk huruf yang dilihat. Contohnya, mereka melihat huruf yang seakan terbalik dan sebagainya. Oleh sebab itu, Ishaan sering gagal di dalam peperiksaan kerana dia tidak dapat menterjemah tulisan yang dibacanya. Jadi, Ishaan sering dipinggirkan oleh guru dan rakan-rakan di dalam kelas. Mereka merasakan Ishaan seorang budak yang pelik , bermasalahdan suka berkhayal di dalam kelas.
Namun, Ishaan sebenarnya mempunyai bakat yang sangat istimewa seperti dia pandai melukis dan lukisannya sangat cantik. Tetapi bakat Ishaan tidak dihargai oleh ayahnya yang bekerja sebagai eksekutif yang mahukan anaknya cemerlang dalam akademik sama seperti abangnya. Ibu Ishaan pula sangat sayang pada Ishaan namun beliau kecewa kerana tidak dapat mendidik anaknya dengan sempurna walaupun dia banyak menghabiskan masa dengan Ishaan di rumah.
Selepas menerima laporan akademik dan ishaan selalu gagal di dalam kelas akhirnya ibubapanya membuat keputusan untuk menghantar Ishaan ke sekolah berasrama. ishaan sangat sedih berada di sekolah tersebut dan sering kemurungan sehinggalah datang seorang guru seni baru iaitu Ram Shankar Nikumbh ( Aamir Khan).
Nikumbh pernah menjadi seorang guru di sekolah pendidikan khas jadi beliau merasakan Ishaan ada tanda-tanda mengalami masalah disleksia. pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dilakukan oleh Nikumbh untuk menarik perhatian Ishaan untuk belajar dengan berkesan dan sesuai diterima oleh kanak-kanak disleksia.
Akhirnya, Ishaan mampu membaca dengan betul setelah diberi tunjuk ajar oleh Nikumbh. bagi membuktikan Ishaan juga mampu berjaya seperti kanak-kanak yang lain Nikumbh dengan kerjasama pihak sekolah telah merancang satu pertandingan melukis yang disertai oleh semua pelajar dan guru. Adakah ishaan berjaya memenangi pertandingan ini? jeng jeng jeng...jadi tontonkanlah cerita ini yer...hihi...
Cerita ini sangat menarik, bermain dengan emosi dan tidak rugi jika anda menonton cerita ini. Pelbagai pengetahuan yang bakal diperoleh oleh penonton lebih-lebih lagi bagi mendekati kanak-kanak disleksia ini...Selamat menonton yer semua...Boleh laa download atau beli cd cerita ini di kedai-kedai berhampiran yer...haha..
Akhir sekali jomm kita layan lagu...Tidak sah jika cerita hindustan tidak ada lagu kan...=)